Kemahiran Pemulihan Akhlak Pelaksana Pemulihan Akhlak Juvana di Malaysia. (Indonesian)
In: Akademika, Jg. 93 (2023-05-01), Heft 2, S. 17-27
academicJournal
Zugriff:
The rehabilitation skill involved in the moral rehabilitation program is important in controlling the juvenile trainer. However, it is found that most implementers and social workers of juvenile cases are seen to have less knowledge and skills in the rehabilitation of juvenile morality. In this regard, this study aims to examine the level of skills of juvenile rehabilitation practitioners in Malaysia. The design of this study is a mixed method which is an Explanation Sequential Design. This study was conducted at the rehabilitation center in Peninsular Malaysia. The sample of the study consisted of the implementer and juvenile trainer. Data collection is done by distributing questionnaires and interview sessions. The data analysis was done using SPSS software and a thematic method. Studies show that the level of implementing skills is at a moderate level (Min = 3.80, SP = 0.38). Interviews with the implementing informants indicate that they require inputs on morality recovery skills continuously. The trainer informs that most implementers are less skillful in terms of communication and problem-solving. Therefore, the rehabilitation implementer should be given continuous and gradual rehabilitation skills training. The findings have implications for program stakeholder needs in enhancing the efficiency and effectiveness of juvenile rehabilitation programs in Malaysia. [ABSTRACT FROM AUTHOR]
Kemahiran pemulihan akhlak pelaksana yang terlibat dalam program pemulihan akhlak adalah sangat penting dalam mengendalikan pelatih juvana tersebut. Namun demikian, didapati kebanyakan pelaksana dan pekerja kes juvana dilihat kurang memiliki pengetahuan dan kemahiran dalam pemulihan akhlak juvana. Sehubungan itu, kajian ini bertujuan mengkaji tahap kemahiran pelaksana pemulihan akhlak juvana di Malaysia. Reka bentuk kajian ini adalah kaedah campuran iaitu Reka bentuk Penjelasan Berturutan. Kajian ini dilakukan di pusat pemulihan akhlak di Semenanjung Malaysia. Sampel kajian terdiri daripada pelaksana dan pelatih juvana. Bagi kajian kuantitatif, 95 orang pelaksana yang terlibat. Manakala kajian kualitatif terdiri daripada sembilan orang informan pelaksana dan lapan orang informan pelatih. Pengumpulan data dilakukan dengan mengedarkan borang soal selidik dan sesi temu bual. Alat kajian yang digunakan adalah set borang soal selidik dan protokol temu bual. Analisis data kajian dilakukan menggunakan perisian SPSS dan kaedah tematik. Kajian menunjukkan bahawa tahap kemahiran pelaksana adalah pada tahap sederhana (Min=3.80, SP= 0.38). Temu bual bersama informan pelaksana menunjukkan mereka memerlukan input-input tentang kemahiran pemulihan akhlak secara berterusan. Informan pelatih pula berpendapat kebanyakan pelaksana kurang mahir dari aspek komunikasi dan penyelesaian masalah. Oleh itu, pelaksana pemulihan akhlak sewajarnya diberi latihan kemahiran pemulihan akhlak yang berterusan dan berperingkat. Dapatan kajian memberi implikasi terhadap keperluan kumpulan berkepentingan program dalam meningkatkan kecekapan dan keberkesanan program pemulihan akhlak juvana di Malaysia. [ABSTRACT FROM AUTHOR]
Copyright of Akademika is the property of Akademika and its content may not be copied or emailed to multiple sites or posted to a listserv without the copyright holder's express written permission. However, users may print, download, or email articles for individual use. This abstract may be abridged. No warranty is given about the accuracy of the copy. Users should refer to the original published version of the material for the full abstract. (Copyright applies to all Abstracts.)
Titel: |
Kemahiran Pemulihan Akhlak Pelaksana Pemulihan Akhlak Juvana di Malaysia. (Indonesian)
|
---|---|
Autor/in / Beteiligte Person: | PAUZI, HEZZRIN MOHD ; SAIM, NOR JANA ; KUSENIN, NORULHUDA SARNON ; KAMALUDDIN, MOHAMMAD RAHIM |
Zeitschrift: | Akademika, Jg. 93 (2023-05-01), Heft 2, S. 17-27 |
Veröffentlichung: | 2023 |
Medientyp: | academicJournal |
ISSN: | 0126-5008 (print) |
DOI: | 10.17576/akad-2023-9302-02 |
Schlagwort: |
|
Sonstiges: |
|